MASALAH TOPUP

NOTIS PENTING!!!
Berhati-hati bila berurusan dengan orang yang tidak dikenali. Periksa transaksi pembayaran dalam bank (jika berurusan melalui bank), selagi tiada bayaran dilakukan jangan layan karenah orang tersebut.

Apakah yang saya perlu lakukan setelah membuat bayaran pendaftaran?
Pastikan berhubung dengan UPLINE. Pastikan anda mendapat sms password untuk web reload. Save no server. Kemudian anda bolehlah mula berniaga topup.

Apakah yang menyebabkan transaksi gagal?
  • Prepaid Handphone anda habis.
  • Modal Topup anda habis.
  • Pin anda sedang diblock.
  • Pin anda salah.
  • Kod produk salah.
  • No tujuan tidak benar.
  • Rangkaian handphone atau SERVER sedang ada gangguan.
  • Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke SERVER.
  • Kesalahan dalam mengirimkan ke SERVER (duplicate)

Berapa lama akaun topup saya akan diaktifkan setelah membuat bayaran pendaftaran?
Akaun topup anda akan aktif dalam masa 5-60minit. Anda akan menerima sms password untuk web reload bermaksud telah aktif.

Apakah deposit modal topup saya akan hangus dalam waktu tertentu?
Deposit modal topup tidak akan hangus dalam waktu tertentu dan tidak akan berkurangan apabila tidak digunakan untuk melakukan transaksi.

Dalam 24 jam apakah saya dapat melakukan pembelian prepaid lebih sekali dengan nilai dan kepada no hp yang sama?
Ya, BOLEH. Tapi mesti ada (GAP) jarak masa 40-60minit dari transaksi reload terakhir atau topupkan menggunakan amaun yang berbeza.

Deposit modal topup saya berkurang, sedangkan transaksi belum masuk?
Sistem terlebih dahulu akan TOLAK dari modal topup anda untuk setiap permintaan topup. Namun jika transaksi tidak berjaya, sistem akan REFUND semula modal anda. Sila lihat ‘report agent sales’ selepas 10 minit.
Jika masih bermasalah, Sila hubungi CARELINE untuk tindakan segera.

Berapa lama deposit modal topup saya akan ditambahkan, jika sudah melakukan pembayaran?
Jika tidak ada gangguan internet banking, deposit anda akan ditambah dalam masa 30-60minit dari masa claim sms (masa claim: setiap hari, 10am-9pm) dan akan menerima SMS pengesahan jika deposit sudah ditambahkan. Jika selepas 60minit belum juga dimasukkan dalam akaun modal anda, sila claim lagi sekali. Lepas 2 Jam, sila hubungi UPLINE atau terus hubungi CARELINE.

Bagaimana jika ada pertanyaan lain selain dinyatakan disini?
Sila hubungi UPLINE

Mengapa pelanggan tidak menerima Topup?
Perkara ini biasa terjadi disebabkan kemungkinan pelanggan memberi nombor prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup itu. Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak ditopup sebelum anda menghantar SMS tersebut. 

Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Syarikat tidak akan kembalikan modal anda jika anda tersilap topupkan no penerima dan permohonan itu telah BERJAYA. Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan syarikat.

Kenapa topup lambat diterima oleh pelanggan?
Perkara ini mungkin juga akan terjadi disebabkan pada masa-masa tertentu kemungkinan terlalu ramai orang yang sedang topup dan sistem rangkaian SERVER terlalu sibuk mengendali dan memproses topup.

Perkara lain yang mungkin terjadi;
SMS yang anda hantar tidak sampai ke SERVER. Ini mungkin juga disebab ketika anda menghantar sms itu, tiada atau kurang liputan rangkaian. Ini juga disebabkan mungkin kerana kesibukan pengendali rangkaian yang sedang melakukan kerja-kerja maintain sistem rangkaian mereka. Masalah ini biasanya jarang berlaku. 

Setiap kali anda topup pelanggan, sila pastikan mesej yang dihantar itu betul-betul telah berjaya dihantar (aktifkan delivery report). Sekiranya sms anda berjaya dihantar, bermakna pelanggan anda berjaya ditopup. Setelah pelanggan berjaya ditopup, anda akan menerima mesej pengesahan beserta makluman baki terkini dari SERVER.

Mengapa topup pelanggan tidak masuk tetapi modal sudah dipotong?
Sila pastikan pelanggan anda jujur. Selain itu ada juga, mungkin berlaku "sim hang". Pastikan anda menyarankan supaya hp pelanggan tadi di on/off terlebih dahulu bertujuan untuk restart sim dan pastikan nombor yang dimasukkan adalah benar sama seperti dalam sms request anda. 
Jika masih bermasalah, Sila hubungi CARELINE untuk tindakan segera.

Bolehkah saya menambah atau menukar no hp yang lain?
BOLEH (HUBUNGI UPLINE)

Apa kegunaan web reload?
Di situ anda boleh lihat transaksi–transaksi yang dilakukan (sms keluar dan masuk), format sms, harga produk, komisyen yang diterima. Anda juga boleh cetak data2 ini untuk keperluan anda dan syarikat.


MASALAH TOPUP
Masalah biasa yg selalu dihadapi oleh Dealer dan Agen baru... sila sms secara berhemah.. Tak perlu anda sms yg bukan2 sedangkan hakikatnya anda tak sms dengan betul. Hormatilah pihak syarikat.. careline mungkin tak dapat reply anda secepat mungkin tetapi anda akan di layan setelah sms anda dibaca. Lagi satu, anda tak perlu nak berbalas sms sbb syarikat banyak kerja nak attend ramai agen.. Jadi, tolong sms nyatakan masalah anda dengan lengkap!! Saya berikan sekali contoh sms disini..




Reset Password dikenakan caj 50sen. Sila gunakan nombor yang didaftarkan untuk menghantar SMS ke CARELINE 0164323333, dalam masa 24Jam anda akan terima password baru.


Jika anda ada MASALAH topup customer tidak terima (topup tak masuk), anda sebenarnya boleh buat semakan sendiri dengan cara sms ke server. 

Semak Transaksi Cara SMS



Semak Transaksi Cara Website

Anda juga boleh melihat STATUS transaksi berkenaan dalam web reload www.68topup.com pada menu:
  • ReportAgentSales - iaitu jualan topup harian anda
  • TxHistory - iaitu sms yang diterima oleh server (ada kemungkinan sms anda tidak diterima oleh server. Sistem akan buang semua sms yang masuk lewat dari 15minit disebabkan masalah telco)
  • Outgoing Message - iaitu sms yang anda terima dari server 


Siapa Yang Anda Patut Cari Jika Ada Masalah.
1. Untuk masalah Berkaitan SERVER, PRODUK, TOPUP & TAMBAH MODAL KE AKAUN COMPANY.
CARELINE - SMS ke 016-432 3333 (10am-9pm)

2. Untuk masalah Berkaitan PENDAFTARAN & TAMBAH MODAL KE AKAUN UPLINE.
Tn. Mohamad - 0105385397
Pn. Noriah - 0199258743


Segala masalah insyaAllah dapat diatasi. Berhemahlah selalu, jangan cepat mengelabah dan selalulah berurusan dengan UPLINE. Call/SMS/WhatsApp (jika perlu) dan ikut nasihat serta panduan yang kita patut kongsi bersama demi mendapatkan rezeki yang berkat. Wassalam...